Monday, August 11, 2008

Resepi Lama Usah Dilupa

Masak Lemak Tempoyak Daging Bakar

1/2 kilo Daging
10 batang cili padi ( ikut kepedasan yang diingini)
1 biji bawang besar
3 inci kunyit hidup
2 batang serai
1/2 kilo santan kelapa
tempoyak
terung pipit / kentang ( jika suka )


1. Pupuk daging dengan sedikit garam. Kemudian dibakar di dalam oven. (Daging lebih wangi jika dibakar di atas dapur kayu...mm Lazat)Selepas itu, rebus daging bakar tadi sehingga empuk. Akhir sekali, hiris daging tadi mengikut saiz yang anda boleh kunyah dan telan dengan selesa. :o)
2. Bawang besar, kunyit, serai dan cili padi di kisar atau di tumbuk halus.
3. Masukkan bahan kisaran tadi di dalam periuk berisi daging yang telah diempukkan tadi bersama-sama dengan santan cair.
4. Biar hingga mendidih.Masukkan terung pipit atau kentang jika suka. Biar lagi hingga empuk.Opsss.. jangan lupa ..TEMPOYAK nya sekali ya.
5. Akhir sekali, masukkan santan pekat dan garam secukup rasa. Kuahnya biarlah pekat agar rasanya lebih umpphh.

Sekali makan , mesti nak lagi. Kalau masakan tak menjadi, usahlah disalahkan resepi, tanyalah empunya diri. heh...heh..heh...Selamat mencuba.

No comments: