Showing posts with label Aktiviti Panitia. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Panitia. Show all posts
Sunday, August 16, 2009
Keputusan Pertandingan Sempena Bulan Akademik
Oleh kerana ramai yang dah tertanya-tanya, hamper apa di Bilik Jahitan dan siapa pemenang Pertandingan Bulan Akademik, maka dengan ini diumumkan secara rasminya keputusan pertandingan tersebut.
Saturday, July 11, 2009
Perkongsian Pintar Bersama Sek Men Sains Kuching (SainsKu)
Pada 3-5 Julai 2009, seramai 11 orang guru dari Mozac telah berkunjung ke SMS Kuching untuk Program Perkongsian Pintar bersama calon-calon PMR dan SPM 2009. Perjalanan bermula apabila kami bertolak ke LCCT Sepang pada jam 11.00 pagi. Kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching jam 5.10 petang dengan disambut oleh guru dan pelajar SMS Kuching diiringi oleh `banner' bagi mengalu-alukan kedatangan kami. Sungguh tidak disangka, terima kasih.
3 Julai 2009 :
Perjalanan ke SMS Kuching mengambil masa hampir 1 jam melalui jalan pinggir bandar yang masih lagi hijau dan tenang. Kami tiba di SMS Kuching jam 6.30 petang dan dijemput untuk menikmati hidangan makan malam. Oleh kerana waktu di Kuching sebenarnya awal hampir 45 minit berbanding waktu di Semenanjung walaupun angka di jam sama, tapi suasana pada ketika itu sebenarnya hampir senja dan azan maghrib berkumandang sebaik kami selesai makan.
Guru wanita menginap di Rumah HEM dan guru lelaki di Asrama Putera. Sesi Perkongsian Pintar bermula seawal jam 8.00 malam. Walaupun sebenarnya masih letih dengan perjalanan yang panjang, namun guru-guru Mozac masih lagi bersemangat dan tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan warga SMS Kuching.
Tepat jam 8.00 malam, kami memulakan sesi bersama pelajar SMS Kuching dengan subjek KHB bersama 110 pelajar PMR di Dewan Sri Gemilang, Bahasa Inggeris SPM di Bilik e-learning dan Pendidikan Islam SPM di Bilik Kuliah. Sesi bersama pelajar berjalan dengan jayanya.
4 Julai 2009 :
Sesi bersambung dengan subjek Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Sains, dan Pendidikan Islam PMR. Guru-guru yang tidak terlibat mengambil kesempatan meninjau persekitaran sekolah dan berkongsi pengalaman serta kemahiran dengan guru-guru SMS Kuching dalam pelbagai bidang. Selepas makan tengahari, kami di bawa ke Pekan Serikin, kira-kira 1 jam perjalanan untuk melawat dan mencari buah tangan untuk keluarga dan rakan di Semenanjung. Bagaimanapun, hujan turun dengan lebat dan agak menyukarkan pergerakan. Makan malam kami disajikan dengan hidangan makanan laut di Serapi Corner. Hidangan malam yang menarik, berlainan dengan yang terdapat di Semenanjung, tetapi tidak kurang lazatnya. Kami turut mengambil peluang mencuba masakan baru iaitu Pucuk Paku Midin yang hanya boleh didapati di Borneo. Istimewanya sayur ini ia kekal rangup walaupun sudah dimasak. Ikan, udang, sotong, ayam dan buah-buahan termasuk nenas Sarawak yang popular amat menyelerakan.
5 Julai 2009 :
Terima kasih kepada tuan rumah, SMS Kuching kerana melayan kami dengan baik sekali. Hari ini kami akan kembali ke Melaka. Jemputlah datang ke Melaka pula. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Kami bertolak ke bandar Kuching seawal jam 8.00 pagi untuk meneruskan perrjalanan ke Kilang Kek Lapis Dayang Salhah yang terkenal. Terpesona dengan puluhan pilihan jenis kek lapis yang ditawarkan, kami rambang mata untuk dipilih, apatah lagi diberi peluang merasa semua jenis kek lapis sebelum membeli. Kami cuba merasa setiap jenis beramai-ramai, terasa seperti suasana berhari raya pula. Kami juga diberi peluang meninjau proses pembuatan kek lapis dibahagian belakang kilang tersebut.
Dari situ kami singgah di Pasar Satok untuk mendapatkan ikan terubuk masin yang menjadi `signature dish' orang Sarawak. Tidak sah kunjungan ke Sarawak jika tidak membawa pulang Ikan Terubuk Masin !
Perjalanan diteruskan ke Kuching Waterfront sebagai persinggahan terakhir sebelum ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching untuk kembali ke Melaka. Terima kasih kepada guru-guru SMS Kuching yang rela mengorbankan waktu malam dan hujung minggu bersama keluarga untuk menjadi `pemandu pelancong' kami. Kenangan di Kuching akan tetap kekal dalam ingatan. Tak sabar rasanya untuk kembali ke Sarawak! Auk!
Friday, July 10, 2009
Bulan Akademik 2009
Sempena dengan bulan Akademik yang dijalankan sepanjang bulan Julai ini, Panitia KHB mengambil kesempatan ini untuk menganjurkan beberapa aktiviti dan pertandingan berbentuk koakademik. Semua pelajar adalah digalakkan untuk mengambil bahagian mengikut syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan bagi merebut hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan.
Aktiviti untuk Tingkatan 1 - Pertandingan Membina Poster Bertemakan Keselamatan Bengkel
Syarat-syarat penyertaan :
1. Setiap kelas dikehendaki menghantar 2 poster terdiri dari 2 kumpulan iaitu 1 kumpulan mewakili pelajar lelaki dan 1 kumpulan mewakili pelajar perempuan.
2. Bahan yang disediakan adalah mounting board sahaja. Peralatan lain perlu disediakan sendiri mengikut konsep dan kreativiti masing-masing.
3. Medium persembahan poster adalah bebas sama ada menggunakan cat air, krayon, kolaj dan lain-lain.
4. Poster terbaik akan dinilai melalui kriteria seperti kekemasan, kreativiti dan kesepaduan dengan subjek KHB.
5. Tarikh akhir menghantar poster adalah pada 24 Julai 2009 kepada Cik Norazlina bt Mohd Noor.
Aktiviti untuk Tingkatan 2 - Pertandingan Menyediakan Laporan dalam Bentuk Multimedia Hasil Lawatan ke Kolej Komuniti
Syarat-syarat pertandingan :
1. Laporan adalah dalam bentuk multimedia hasil lawatan pelajar ke Kolej Komuniti pada 4 Ogos 2009 (Kumpulan 1) dan 5 Ogos 2009 (Kumpulan 2) yang akan datang.
2. Setiap kelas diwajibkan menghantar sekurang-kurangnya 1 penyertaan.
3. Tarikh akhir menghantar slideshow/video/movie laporan tersebut adalah pada 11 Ogos 2009 (Kumpulan 1) dan 12 Ogos 2009 (Kumpulan 2) kepada Pn. Hawa Naqiah bt Makmor.
Aktiviti untuk Tingkatan 3 - Pertandingan Membina Carta Bergambar
Syarat-syarat pertandingan :
1. Setiap kelas dikehendaki membina 2 carta yang dihasilkan oleh 1 kumpulan pelajar lelaki dan 1 kumpulan pelajar perempuan.
2. Carta mestilah berkaitan dengan salah satu dari tajuk Rekabentuk dan Penghasilan Projek, Tanaman Hiasan, Elektrik atau Elektronik.
3. Bahan yang disediakan adalah mounting board sahaja. Peralatan lain perlu disediakan sendiri mengikut konsep dan kreativiti masing-masing.
4. Tarikh akhir menghantar carta adalah pada 24 Julai 2009 kepada Pn. Wahida bt Saul Hamid.
Semua hasil karya pelajar sama ada dalam bentuk poster, slideshow, video, movie atau carta adalah menjadi hak milik Panitia KHB Mozac. Bahan-bahan ini akan digunakan sebagai bahan bantu belajar di bengkel KHB.
Selamat Berkarya !!

Saturday, February 14, 2009
Program Sehari Bersama Angkasawan Negara

13.2.2009 :
Hari ini dalam sejarah di Bilik Jahitan
1) Terima kasih kepada pelajar perempuan 3 Alpha & 3 Omega kerana telah bersama-sama bertungkus-lumus membantu menukar `skirting' di Bilik Jahitan yang bakal menjadi venue Sidang Media Program Sehari Bersama Angkasawan Negara.
2) Terima kasih kepada kumpulan pengawas iaitu Alyya Shahirah bt Roszelan, Nur Atikah bt Alias, Fairuza Syahira bt Amran dan Adibah Hazwani bt Abd Latif kerana juga bertungkus lumus menyiapkan `back drop' Sidang Media di Bilik Jahitan.
3) Terima kasih kepada kumpulan pramusaji iaitu Mas Idayu bt Sa'adan, Nabilah bt Abd Razak, Katina bt Khosim, Aini Mastura dan Nur Aiza Ira bt Ibrahim kerana membantu menyiapkan peralatan peranggu meja untuk Jamuan dan juga turut sama menyiapkan `back drop'.
Sumbangan anda semua amat bermakna kepada sekolah. (Ehm.. ehm... bukan selalu perlu buat persiapan majlis untuk Angkasawan Negara .. atau memang ini kali pertama dan terakhir ;)
14.2.2009 :
Sejarah tercipta ...........
1) Bilik Jahitan menjadi tumpuan !!! Angkasawan Negara Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie telah menjejakkan kaki ke Bilik Jahitan, 2 kali !!! Kali pertama semasa beliau menunggu ketibaan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara dan kali kedua semasa sesi sidang media bersama wartawan-wartawan daripada media terkenal tanahair. How unbelievable !!! Kalau sudi, datanglah lagi, kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan ...
Friday, August 15, 2008
Keputusan Pertandingan Aktiviti Bulan Akademik
Sempena Majlis Penutupan Bulan Akademik Peringkat Sekolah, penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang pertandingan telah dijalankan. Berikut adalah keputusan bagi setiap aktiviti :
Pertandingan Mencipta `Easy Product' (Tingkatan 1)
Johan ~ Laksamana
Naib Johan ~ Bendahara
Ketiga ~ Syahbandar
Pertandingan `Iron Chef' (Tingkatan 2)
Johan ~ Bendahara
Naib Johan ~ Syahbandar
Ketiga ~ Temenggung
Kuiz Menjana Minda (Tingkatan 3)
Johan ~ Bendahara
Naib Johan ~ Syahbandar
Ketiga ~ Laksamana
Syabas dan tahniah kepada semua pemenang. Kepada yang tidak berjaya, cuba lagi pada tahun hadapan. Selamat bercuti, jangan lupa baca buku. Anda cuma cuti ke sekolah, tetapi tidak cuti belajar kerana profesion kamu adalah pelajar. Jumpa lagi....

Sunday, August 10, 2008
Bulan Akademik
Sempena Bulan Akademik 2008, Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu telah mengatur dan menganjurkan beberapa aktiviti, terbuka kepada semua pelajar Tingkatan 1 - 3. Aktiviti-aktiviti tersebut dijalankan untuk memupuk minat serta mencungkil bakat pelajar di dalam bidang kemahiran agar dapat diamalkan di dalam kehidupan seharian. Berikut adalah antara aktiviti yang telah dijalankan :
1 - Kuiz Menguji Minda untuk pelajar Tingkatan 3
2 - Pertandingan `Iron Chef' untuk pelajar Tingkatan 2
3 - Pertandingan Merekabentuk Produk untuk pelajar Tingkatan 1
Keputusan pertandingan akan diumumkan pada minggu hadapan.
Semoga semua pelajar mendapat manfaat dari aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan menjadi harapan Panitia lebih banyak aktiviti dapat dijalankan pada tahun-tahun akan datang untuk memberi peluang juga kepada pelajar Tingkatan 4 dan 5 untuk mengambil bahagian.

Subscribe to:
Comments (Atom)