Bahan-bahan ( seisi keluarga boleh makan )
• roti sandwich (yang dah dekat expired or dah keras)
• udang segar or udang kering
• 1 sudu kecik serbuk kari (kalau dpt serbuk kari ikan,kalau tidak tak kisah apa2 pun)
• bawang besar - 1 biji
• telur ayam - 1 biji
• serbuk perasa + garam
• sedikit tepung gandum
Cara-cara
1. potong udang segar - kecil2 , kalau guna udang kering - rendam dan tumbuk kasar2
2. potong bawang besar - dadu
3. rendam roti dlm air sejuk sebentar , supaya kembang, dah kembang keluarkan dari air dan hancurkan kasar2.
4. satukan roti, tepung gandum, bawang, serbuk kari, telur dan serbuk perasa. bancuh mcm buat cekodok biasa .
5. goreng hingga kekuningan, makan masa panas2 bersama SOS CILI keropok lekor atau sos cili thai atau sos buatan sendiri...kalau tak ada KUAH MASAK ASAM atau KUAH KARI atau KUAH MASAK LEMAK ok juga :o). Janji boleh dimakan di kala tak ada resepi lain.
No comments:
Post a Comment