MAKAN DI LUAR
Apakah yang perlu anda lakukan semasa makan di luar?
Elakkan memakan makanan yang tercemar yang mengandungi bendasing seperti rambut, kuku, pasir dan batu.
Pilih makanan yang tidak berubah pada rasa, bau dan penampilannya.
Pilih makanan yang segar dan baru dimasak
Elakkan mengambil makanan yang "terbakar" (hangus) seperti sate.
Pastikan makanan di dalam tin atau yang dibungkus masih dalam keadaan elok.
Hadkan pengambilan makanan yang banyak mengandungi perisa tambahan dan pewarna tiruan.
Elakkan makanan yang telah digoreng kembali berulang kali.
Apakah premis makanan yang bersih?
Premis-premis makanan yang bersih ialah:
Terletak jauh dari kawasan yang kotor yang berhabuk dan tidak terdapat lalat, lipas, tikus dan binatang sesat.
Mempunyai kemudahan asas seperti saluran air bersih, elektrik, saliran yang sempurna, tong sampah dan tandas.
Mempunyai pengedaran udara yang baik dan cahaya yang terang
Menggunakan perkakas atau alatan untuk makan dengan sempurna dan bersih
Mempunyai pekerja yang mengamalkan penjagaan kesihatan diri yang baik
Menutup semua makanan dan menggunakan penyepit makanan serta senduk semasa menghidangkan makanan.
Bagaimana untuk memilih Makanan yang selamat?
Pilih diet seimbang sebagaimana yang di sarankan mengikut piramid makanan
Jangan terlebih memesan makanan. Dapatkan makanan dalam hidangan yang bertepatan dengan keperluan nutrien sendiri,
Minta minuman yang kurang gula
Jangan tambahkan garam dan produk yang mengandungi garam (seperti kicap) yang terdapat di atas meja ke dalam makanan
Pesan jus buahan yang segar dan bukan minuman berkarbonat
Minta lebihkan sayur-sayuran dalam mi, nasi dan stik.
Minta salad dan bukannya kentang goreng apabila memesan makanan segera
Selesaikan makan anda dengan pembasuh mulut (dessert) iaitu salad atau buah-buahan yang segar
No comments:
Post a Comment