Friday, July 10, 2009

Bulan Akademik 2009

Sempena dengan bulan Akademik yang dijalankan sepanjang bulan Julai ini, Panitia KHB mengambil kesempatan ini untuk menganjurkan beberapa aktiviti dan pertandingan berbentuk koakademik. Semua pelajar adalah digalakkan untuk mengambil bahagian mengikut syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan bagi merebut hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan.

Aktiviti untuk Tingkatan 1 - Pertandingan Membina Poster Bertemakan Keselamatan Bengkel

Syarat-syarat penyertaan :

1. Setiap kelas dikehendaki menghantar 2 poster terdiri dari 2 kumpulan iaitu 1 kumpulan mewakili pelajar lelaki dan 1 kumpulan mewakili pelajar perempuan.
2. Bahan yang disediakan adalah mounting board sahaja. Peralatan lain perlu disediakan sendiri mengikut konsep dan kreativiti masing-masing.
3. Medium persembahan poster adalah bebas sama ada menggunakan cat air, krayon, kolaj dan lain-lain.
4. Poster terbaik akan dinilai melalui kriteria seperti kekemasan, kreativiti dan kesepaduan dengan subjek KHB.
5. Tarikh akhir menghantar poster adalah pada 24 Julai 2009 kepada Cik Norazlina bt Mohd Noor.

Aktiviti untuk Tingkatan 2 - Pertandingan Menyediakan Laporan dalam Bentuk Multimedia Hasil Lawatan ke Kolej Komuniti

Syarat-syarat pertandingan :

1. Laporan adalah dalam bentuk multimedia hasil lawatan pelajar ke Kolej Komuniti pada 4 Ogos 2009 (Kumpulan 1) dan 5 Ogos 2009 (Kumpulan 2) yang akan datang.
2. Setiap kelas diwajibkan menghantar sekurang-kurangnya 1 penyertaan.
3. Tarikh akhir menghantar slideshow/video/movie laporan tersebut adalah pada 11 Ogos 2009 (Kumpulan 1) dan 12 Ogos 2009 (Kumpulan 2) kepada Pn. Hawa Naqiah bt Makmor.

Aktiviti untuk Tingkatan 3 - Pertandingan Membina Carta Bergambar

Syarat-syarat pertandingan :

1. Setiap kelas dikehendaki membina 2 carta yang dihasilkan oleh 1 kumpulan pelajar lelaki dan 1 kumpulan pelajar perempuan.
2. Carta mestilah berkaitan dengan salah satu dari tajuk Rekabentuk dan Penghasilan Projek, Tanaman Hiasan, Elektrik atau Elektronik.
3. Bahan yang disediakan adalah mounting board sahaja. Peralatan lain perlu disediakan sendiri mengikut konsep dan kreativiti masing-masing.
4. Tarikh akhir menghantar carta adalah pada 24 Julai 2009 kepada Pn. Wahida bt Saul Hamid.


Semua hasil karya pelajar sama ada dalam bentuk poster, slideshow, video, movie atau carta adalah menjadi hak milik Panitia KHB Mozac. Bahan-bahan ini akan digunakan sebagai bahan bantu belajar di bengkel KHB.

Selamat Berkarya !!

No comments: