Friday, December 20, 2013

Sunday, February 3, 2013

Friday, January 25, 2013

Wednesday, August 10, 2011

Tuesday, August 9, 2011

LCD Projector

Semalam, 8/8/2011 Bilik Jahitan & Bengkel Elektronik menerima LCD projector yang diidam-idamkan. Alhamdulillah, semoga bertambah baik kualiti P&P pada masa akan datang. Terima kasih kepada GPK1 yang prihatin, Cik Rosnah Osman atas usahanya. Juga kepada ITC En. Ahmad Sazaly b. Sedek kerana membantu mensetting projector tersebut.
Semangat cikgu dah berkobar-kobar, harap2 semangat anak2 didik pun lebih lagi hendaknya.
Sasaran seterusnya ---> memasang pendingin udara di Bilik Jahitan agar lebih selesa & sesuai dengan bilik yang kurang ventilasi dan kipas angin yang terpaksa dialih untuk memberi laluan kepada LCD projector tersebut.

Sunday, May 16, 2010

Berita Harian Online | Pencahayaan ruang

Berita Harian Online | Pencahayaan ruang

Selamat Hari Guru 2010 - Guru Pembina Negara Bangsa



Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama' yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan sepanjang hayat.


Usman Awang
1979

Sunday, February 28, 2010

Selamat Menempuhi Peperiksaan Pertengahan Semester 1



Scraps123


Sejak bermula sesi persekolahan 2010, inilah post pertama, maaf, sibuk betul dengan pelbagai urusan, ada masa nanti saya update semua peristiwa yang berlaku, banyak hal nak cerita tapi tunggulah lepas exam ye, jumpa lagi nanti :)

Wednesday, December 30, 2009

Sunday, December 20, 2009

Demonstrasi Pembuatan Kuih Tradisional - Bahulu



Sempena Lawatan Nanyang Girl's High School, Singapura pada 12 November 2009, satu demonstrasi pembuatan kuih tradisional iaitu Kuih Bahulu telah diadakan di Bilik Masakan. Aktiviti dikendalikan oleh pelajar-pelajar Tingkatan 3 yang menunjukcara proses menghasilkan Kuih Bahulu dari mula mengenjut hinggalah membakar kepada tetamu yang turut sama mencuba membuat dan memperolehi peluang merasa keenakan Kuih Bahulu yang masih panas. Terima kasih di atas kerjasama dan kesudian para pelajar Tingkatan 3 menjayakan aktiviti ini.

Tuesday, October 6, 2009

Saturday, October 3, 2009

Program Pecutan Akhir PMR (KHB)



10.00-10.30 pagi : Jamuan Hari Raya Aidil Fitri tajaan Panitia KHB. Para Pelajar dijamu dengan Nasi Impit, Rendang Ayam, Sambal Tumis Ikan Bilis dan Kuih Raya.

10.30-11.30 pagi : Ujian Pra-PMR berkumpulan

11.30-12.15 tghr : Semakan jawapan, perbincangan & penyampaian hadiah kepada kumpulan terbaik

Guru-guru mengharapkan para pelajar menggunakan masa yang masih berbaki dengan sebaik-baiknya untuk lebih bersedia fizikal dan mental dalam menghadapi PMR yang bakal menjelang.

Selamat Berjuang ! Semoga kejayaan milik anda !

Friday, September 25, 2009

Apa Khabar Pelajar Ting. 3 ?

Salam... apa khabar anda para pelajar Ting. 3? Semoga tidak lupa tugas dan matlamat anda. Saya merasa agak risau tentang bagaimana anda menghabiskan masa cuti Hari Raya anda. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi anda akan menghadapi ujian yang akan menentukan hala tuju hidup anda selepas ini. Diharap anda tidak lupa kepada pesan guru-guru anda.

Wednesday, September 16, 2009


Monday, August 31, 2009

Friday, August 21, 2009

Sunday, August 16, 2009

Selamat Menempuh Peperiksaan Percubaan / Ujian 2



Keputusan Pertandingan Sempena Bulan Akademik

Oleh kerana ramai yang dah tertanya-tanya, hamper apa di Bilik Jahitan dan siapa pemenang Pertandingan Bulan Akademik, maka dengan ini diumumkan secara rasminya keputusan pertandingan tersebut.

Saturday, July 11, 2009

Perkongsian Pintar Bersama Sek Men Sains Kuching (SainsKu)




Pada 3-5 Julai 2009, seramai 11 orang guru dari Mozac telah berkunjung ke SMS Kuching untuk Program Perkongsian Pintar bersama calon-calon PMR dan SPM 2009. Perjalanan bermula apabila kami bertolak ke LCCT Sepang pada jam 11.00 pagi. Kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching jam 5.10 petang dengan disambut oleh guru dan pelajar SMS Kuching diiringi oleh `banner' bagi mengalu-alukan kedatangan kami. Sungguh tidak disangka, terima kasih.


3 Julai 2009 :


Perjalanan ke SMS Kuching mengambil masa hampir 1 jam melalui jalan pinggir bandar yang masih lagi hijau dan tenang. Kami tiba di SMS Kuching jam 6.30 petang dan dijemput untuk menikmati hidangan makan malam. Oleh kerana waktu di Kuching sebenarnya awal hampir 45 minit berbanding waktu di Semenanjung walaupun angka di jam sama, tapi suasana pada ketika itu sebenarnya hampir senja dan azan maghrib berkumandang sebaik kami selesai makan.


Guru wanita menginap di Rumah HEM dan guru lelaki di Asrama Putera. Sesi Perkongsian Pintar bermula seawal jam 8.00 malam. Walaupun sebenarnya masih letih dengan perjalanan yang panjang, namun guru-guru Mozac masih lagi bersemangat dan tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan warga SMS Kuching.


Tepat jam 8.00 malam, kami memulakan sesi bersama pelajar SMS Kuching dengan subjek KHB bersama 110 pelajar PMR di Dewan Sri Gemilang, Bahasa Inggeris SPM di Bilik e-learning dan Pendidikan Islam SPM di Bilik Kuliah. Sesi bersama pelajar berjalan dengan jayanya.


4 Julai 2009 :


Sesi bersambung dengan subjek Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Sains, dan Pendidikan Islam PMR. Guru-guru yang tidak terlibat mengambil kesempatan meninjau persekitaran sekolah dan berkongsi pengalaman serta kemahiran dengan guru-guru SMS Kuching dalam pelbagai bidang. Selepas makan tengahari, kami di bawa ke Pekan Serikin, kira-kira 1 jam perjalanan untuk melawat dan mencari buah tangan untuk keluarga dan rakan di Semenanjung. Bagaimanapun, hujan turun dengan lebat dan agak menyukarkan pergerakan. Makan malam kami disajikan dengan hidangan makanan laut di Serapi Corner. Hidangan malam yang menarik, berlainan dengan yang terdapat di Semenanjung, tetapi tidak kurang lazatnya. Kami turut mengambil peluang mencuba masakan baru iaitu Pucuk Paku Midin yang hanya boleh didapati di Borneo. Istimewanya sayur ini ia kekal rangup walaupun sudah dimasak. Ikan, udang, sotong, ayam dan buah-buahan termasuk nenas Sarawak yang popular amat menyelerakan.


5 Julai 2009 :


Terima kasih kepada tuan rumah, SMS Kuching kerana melayan kami dengan baik sekali. Hari ini kami akan kembali ke Melaka. Jemputlah datang ke Melaka pula. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Kami bertolak ke bandar Kuching seawal jam 8.00 pagi untuk meneruskan perrjalanan ke Kilang Kek Lapis Dayang Salhah yang terkenal. Terpesona dengan puluhan pilihan jenis kek lapis yang ditawarkan, kami rambang mata untuk dipilih, apatah lagi diberi peluang merasa semua jenis kek lapis sebelum membeli. Kami cuba merasa setiap jenis beramai-ramai, terasa seperti suasana berhari raya pula. Kami juga diberi peluang meninjau proses pembuatan kek lapis dibahagian belakang kilang tersebut.

Dari situ kami singgah di Pasar Satok untuk mendapatkan ikan terubuk masin yang menjadi `signature dish' orang Sarawak. Tidak sah kunjungan ke Sarawak jika tidak membawa pulang Ikan Terubuk Masin !



Perjalanan diteruskan ke Kuching Waterfront sebagai persinggahan terakhir sebelum ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching untuk kembali ke Melaka. Terima kasih kepada guru-guru SMS Kuching yang rela mengorbankan waktu malam dan hujung minggu bersama keluarga untuk menjadi `pemandu pelancong' kami. Kenangan di Kuching akan tetap kekal dalam ingatan. Tak sabar rasanya untuk kembali ke Sarawak! Auk!

Friday, July 10, 2009

Bulan Akademik 2009

Sempena dengan bulan Akademik yang dijalankan sepanjang bulan Julai ini, Panitia KHB mengambil kesempatan ini untuk menganjurkan beberapa aktiviti dan pertandingan berbentuk koakademik. Semua pelajar adalah digalakkan untuk mengambil bahagian mengikut syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan bagi merebut hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan.

Aktiviti untuk Tingkatan 1 - Pertandingan Membina Poster Bertemakan Keselamatan Bengkel

Syarat-syarat penyertaan :

1. Setiap kelas dikehendaki menghantar 2 poster terdiri dari 2 kumpulan iaitu 1 kumpulan mewakili pelajar lelaki dan 1 kumpulan mewakili pelajar perempuan.
2. Bahan yang disediakan adalah mounting board sahaja. Peralatan lain perlu disediakan sendiri mengikut konsep dan kreativiti masing-masing.
3. Medium persembahan poster adalah bebas sama ada menggunakan cat air, krayon, kolaj dan lain-lain.
4. Poster terbaik akan dinilai melalui kriteria seperti kekemasan, kreativiti dan kesepaduan dengan subjek KHB.
5. Tarikh akhir menghantar poster adalah pada 24 Julai 2009 kepada Cik Norazlina bt Mohd Noor.

Aktiviti untuk Tingkatan 2 - Pertandingan Menyediakan Laporan dalam Bentuk Multimedia Hasil Lawatan ke Kolej Komuniti

Syarat-syarat pertandingan :

1. Laporan adalah dalam bentuk multimedia hasil lawatan pelajar ke Kolej Komuniti pada 4 Ogos 2009 (Kumpulan 1) dan 5 Ogos 2009 (Kumpulan 2) yang akan datang.
2. Setiap kelas diwajibkan menghantar sekurang-kurangnya 1 penyertaan.
3. Tarikh akhir menghantar slideshow/video/movie laporan tersebut adalah pada 11 Ogos 2009 (Kumpulan 1) dan 12 Ogos 2009 (Kumpulan 2) kepada Pn. Hawa Naqiah bt Makmor.

Aktiviti untuk Tingkatan 3 - Pertandingan Membina Carta Bergambar

Syarat-syarat pertandingan :

1. Setiap kelas dikehendaki membina 2 carta yang dihasilkan oleh 1 kumpulan pelajar lelaki dan 1 kumpulan pelajar perempuan.
2. Carta mestilah berkaitan dengan salah satu dari tajuk Rekabentuk dan Penghasilan Projek, Tanaman Hiasan, Elektrik atau Elektronik.
3. Bahan yang disediakan adalah mounting board sahaja. Peralatan lain perlu disediakan sendiri mengikut konsep dan kreativiti masing-masing.
4. Tarikh akhir menghantar carta adalah pada 24 Julai 2009 kepada Pn. Wahida bt Saul Hamid.


Semua hasil karya pelajar sama ada dalam bentuk poster, slideshow, video, movie atau carta adalah menjadi hak milik Panitia KHB Mozac. Bahan-bahan ini akan digunakan sebagai bahan bantu belajar di bengkel KHB.

Selamat Berkarya !!

Saturday, June 27, 2009

Selamat Hari Bapa


Rasanya belum terlewat untuk merakamkan penghargaan atas betapa besarnya pengorbanan seorang bapa kepada anak-anaknya. Kasih sayang dan perhatian, tiada gantinya di dunia ini. Biarpun jarang dilafazkan, tetapi di sudut kecil hati seorang ayah, betapa besar harapan dan doa untuk seorang anak. Doa dan kasih sayang kami mengiringi ayah sentiasa.

Saturday, May 30, 2009

Program Gotong-Royong Sayangi Bengkel Kita

Program Gotong-Royong Sayangi Bengkel Kita telah dijayakan bersama oleh pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan guru-guru KHB pada hari Khamis, 28 Mei 2009 yang lalu. Tahniah dan terima kasih di atas segala kerjasama yang amat baik daripada semua pelajar untuk sama-sama menjadikan Bengkel KHB tempat yang lebih selesa dan selamat untuk aktiviti P&P. Guru-guru amat berbesar hati kerana para pelajar bersedia menolong dan bekerjasama dengan ikhlas untuk membersihkan longkang, mengecat palung bunga, membuang rumpai, mengemas di dalam bengkel, merekodkan stok, membasuh lantai dan menabur belerang. Semoga usaha kita dapat mewujudkan suasana yang lebih sesuai dan ceria di bengkel. Inilah sebahagian bakti yang dapat disumbangkan oleh pelajar Mozac untuk sekolahnya. Terima kasih !!!


Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru


Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama' yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan sepanjang hayat.


Usman Awang
1979


Friday, May 8, 2009

My Mother

Ummi

Syurga Itu di Telapak Kaki Ibu


Syurga Di Telapak Kaki Ibu - Aishah

Selamat Hari Ibu.. in advanced, supaya jangan ada yang terlupa !

Selamat Hari Ibu.. untuk semua ibu-ibu yang hebat kerana mampu menjalankan pelbagai peranan dengan cekap

Ingatan kepada anak-anak, jangan lupa menunjukkan apresiasi anda kepada ibu anda, ibu anda tidak minta hadiah yang mahal-mahal, cukup sekadar ingatan dan jadilah anak kebanggaan ibu bapa anda, sementara anda masih mempunyai peluang itu