Tahniah dan Syabas atas kejayaan cemerlang calon-calon PMR 2008. Selamat meneruskan perjuangan di menengah atas dan semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk calon-calon PMR 2009 meneruskan kesinambungan saat manis ini. KHB 100% A !! KHB Boleh !!
The Brooklyn Bridge that spans the river between Manhattan and Brooklyn is simply an engineering miracle. In 1883, a creative engineer, John Roebling, was inspired by an idea for this spectacular bridge project. However, bridge-building experts told him to forget it, it just was not possible. Roebling convinced his son, Washington, an up-and-coming engineer, that the bridge could be built. The two of them conceived the concept of how it could be accomplished and how to overcome the obstacles. Somehow they convinced bankers to finance the project. Then, with unharnessed excitement and energy, they hired their crew and began to build their dream bridge.
The project was only a few months under way when a tragic on-site accident killed John Roebling and severely injured his son. Washington was severely brain-damaged, unable to talk or walk. Everyone tought the project would have to be scrapped, since the Roeblings were the only ones who understood how the bridge could be built.
Though Washington Roebling was unable to move or talk, his mind was as sharp as ever. One day as he lay in his hospital bed, an idea flashed in his mind as to how to develop a communication code. All he could move was one finger, so he touched the arm of his wife with that finger. He tapped out the code to communicate to her what she was to tell the engineers who continued building the bridge. For 13 years, Washington tapped out his instructions with one finger until the spectacular Brooklyn Bridge was finally completed.
Dreams are born in the heart and mind, and only there can they ever die. Because while the difficult takes time, the impossible just take a little longer.
Dipetik daripada,
A Fresh Packet of Sower's Seeds
A 3rd Serving of Chicken Soup for the Soul
Thomas Edison's laboratory was virtually destroyed by fire in December, 1914. Although the damage exceeded $2 million, the buildings were only insured for $238,000 because they were made of concrete and thought to be fireproof. Much of Edison's life's work went up in spectacular flames the December night.
At the height of the fire, Edison's 24-year-old son, Charles, frantically searched for his father among the smoke and debris. He finally found him, calmly watching the scene, his face glowing in reflection, his white hair blowing in the wind.
"My heart ached for him," said Charles. "He was 67-no longer a young man, and everything was going up in flames. When he saw me, he shouted, "Charles, where's your mother?" When I told him I didn't know, he said, "Find her. Bring her here. She will never see anything like this as long as she lives."
The next morning, Edison looked at the ruins and said, "There is a great value in disaster. All our mistakes are burned up. Thank God we can start anew."
Three weeks after the fire, Edison managed to deliver his first phonograph.
Dipetik daripada,
The Sower's Seed
A 3rd Serving of Chicken Soup for the Soul
Selamat Tinggal 2008, Selamat Datang 2009 !!
Semoga dengan kehadiran tahun baru ini menjadikan kita insan yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.
Kepada Pelajar Tingkatan 3/09,
Bersedialah untuk Peperiksaan PMR bermula dari sekarang. Ini adalah tahun terakhir kamu mempelajari subjek KHB, jadi, nikmatilah subjek ini sepenuhnya !!
Pastikan kamu sudah mula mengulangkaji dan membuat nota-nota ringkas topik-topik Ting. 2 supaya kamu punya banyak masa untuk menghadapi topik Ting. 3 dan seterusnya bersedia untuk Program-program Kecemerlangan yang diatur. Pasang tekad, fokus matlamat, usaha dari sekarang, jangan tunggu saat akhir untuk bersedia. Jika tidak sekarang, bila lagi? Jika tidak kamu sendiri yang berusaha untuk kejayaan diri, siapa lagi? Tidak ada jalan pintas untuk berjaya. Don't worry about the results, worry about your effort.
Kepada Pelajar Tingkatan 2/09,
Kini, kamu sudah lebih matang dan berpengalaman menguruskan kehidupan di sekolah dan asrama berbanding di Ting. 1. Walaupun baru di Ting. 2, ia bukan alasan untuk relaks. Lebih-lebih lagi, ada 2 Modul PMR bernilai 20% yang perlu kamu sempurnakan tahun ini. Guru-guru boleh membantu kamu untuk mendapat markah penuh dengan syarat kamu mahu membantu diri kamu sendiri. Patuhi tunjuk ajar dan nasihat guru dan ibu bapa, Insya-Allah kamu akan berjaya. Persiapkan diri, mental, fizikal dan emosi supaya kamu lebih berjaya daripada tahun sebelumnya.
Kepada Pelajar Tingkatan 1/09,
Kemahiran Hidup Bersepadu bukanlah satu subjek baru. Kamu telah mempelajarinya di sekolah rendah dahulu. Bezanya, di sekolah menengah, KHB adalah subjek yang diambilkira di dalam PMR, berbanding di sekolah rendah, ia tidak dimasukkan di dalam UPSR. Guru-guru berharap kamu akan menggunakan ilmu yang telah dipelajari di sekolah rendah untuk membantu memudahkan pembelajaran KHB di sekolah menengah. Bersedia untuk menyempurnakan kerja-kerja kursus, amali dan Modul PMR bagi keperluan subjek ini. Tahniah dan Selamat Menempuhi Alam Persekolahan yang baru !!
Sempena Majlis Penutupan Bulan Akademik Peringkat Sekolah, penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang pertandingan telah dijalankan. Berikut adalah keputusan bagi setiap aktiviti :Pertandingan Mencipta `Easy Product' (Tingkatan 1)Johan ~ LaksamanaNaib Johan ~ BendaharaKetiga ~ SyahbandarPertandingan `Iron Chef' (Tingkatan 2)Johan ~ BendaharaNaib Johan ~ SyahbandarKetiga ~ TemenggungKuiz Menjana Minda (Tingkatan 3)Johan ~ BendaharaNaib Johan ~ SyahbandarKetiga ~ LaksamanaSyabas dan tahniah kepada semua pemenang. Kepada yang tidak berjaya, cuba lagi pada tahun hadapan. Selamat bercuti, jangan lupa baca buku. Anda cuma cuti ke sekolah, tetapi tidak cuti belajar kerana profesion kamu adalah pelajar. Jumpa lagi....
TAHNIAH !!! 5 Bintang untuk anda !!! Pelajar-pelajar berikut telah berjaya memperolehi markah tertinggi di dalam Tingkatan bagi Elektif masing-masing iaitu :Pilihan Kemahiran Teknikal (KT) Muhamad Syakir Zufayri b. Muhammad Noor Samsudin (3 Alpha) - Markah : 90% Pilihan Ekonomi Rumah Tangga (ERT) Girinivashini Gayathri a/p Komaran (3 Alpha) - Markah : 90%Fairuza Syahira bt Amran (3 Beta) - Markah : 90% Bagi pelajar-pelajar lain yang juga memperolehi `A' - 4 Bintang untuk anda!!Bagi pelajar yang belum berjaya mendapat Bintang, usaha lagi, peluang untuk anda masih terbuka luas. Semua orang berpotensi untuk memperolehi 5 Bintang jika cukup Usaha + Doa + Tawakal.Usaha terus, jangan cepat mengalah kerana Peperiksaan Percubaan Selaras Negeri Melaka dan yang lebih penting Peperiksaan PMR 2008 menanti anda di hadapan. Ambillah keberkatan bulan Ramadhan untuk membuat persediaan zahir dan batin. Semoga anda semua sentiasa diberi petunjuk dan hidayah oleh-Nya. Doa guru-guru sentiasa mengiringi perjuangan anda. Amin.....
MAKAN DI LUARApakah yang perlu anda lakukan semasa makan di luar?Elakkan memakan makanan yang tercemar yang mengandungi bendasing seperti rambut, kuku, pasir dan batu.Pilih makanan yang tidak berubah pada rasa, bau dan penampilannya.Pilih makanan yang segar dan baru dimasakElakkan mengambil makanan yang "terbakar" (hangus) seperti sate.Pastikan makanan di dalam tin atau yang dibungkus masih dalam keadaan elok.Hadkan pengambilan makanan yang banyak mengandungi perisa tambahan dan pewarna tiruan.Elakkan makanan yang telah digoreng kembali berulang kali.Apakah premis makanan yang bersih?Premis-premis makanan yang bersih ialah:Terletak jauh dari kawasan yang kotor yang berhabuk dan tidak terdapat lalat, lipas, tikus dan binatang sesat.Mempunyai kemudahan asas seperti saluran air bersih, elektrik, saliran yang sempurna, tong sampah dan tandas.Mempunyai pengedaran udara yang baik dan cahaya yang terangMenggunakan perkakas atau alatan untuk makan dengan sempurna dan bersihMempunyai pekerja yang mengamalkan penjagaan kesihatan diri yang baikMenutup semua makanan dan menggunakan penyepit makanan serta senduk semasa menghidangkan makanan.Bagaimana untuk memilih Makanan yang selamat?Pilih diet seimbang sebagaimana yang di sarankan mengikut piramid makananJangan terlebih memesan makanan. Dapatkan makanan dalam hidangan yang bertepatan dengan keperluan nutrien sendiri,Minta minuman yang kurang gulaJangan tambahkan garam dan produk yang mengandungi garam (seperti kicap) yang terdapat di atas meja ke dalam makananPesan jus buahan yang segar dan bukan minuman berkarbonatMinta lebihkan sayur-sayuran dalam mi, nasi dan stik.Minta salad dan bukannya kentang goreng apabila memesan makanan segeraSelesaikan makan anda dengan pembasuh mulut (dessert) iaitu salad atau buah-buahan yang segar
Bahan-bahan ( seisi keluarga boleh makan )• roti sandwich (yang dah dekat expired or dah keras) • udang segar or udang kering • 1 sudu kecik serbuk kari (kalau dpt serbuk kari ikan,kalau tidak tak kisah apa2 pun) • bawang besar - 1 biji • telur ayam - 1 biji • serbuk perasa + garam • sedikit tepung gandum Cara-cara 1. potong udang segar - kecil2 , kalau guna udang kering - rendam dan tumbuk kasar2 2. potong bawang besar - dadu 3. rendam roti dlm air sejuk sebentar , supaya kembang, dah kembang keluarkan dari air dan hancurkan kasar2. 4. satukan roti, tepung gandum, bawang, serbuk kari, telur dan serbuk perasa. bancuh mcm buat cekodok biasa . 5. goreng hingga kekuningan, makan masa panas2 bersama SOS CILI keropok lekor atau sos cili thai atau sos buatan sendiri...kalau tak ada KUAH MASAK ASAM atau KUAH KARI atau KUAH MASAK LEMAK ok juga :o). Janji boleh dimakan di kala tak ada resepi lain.
Spaghetti Sardin Line Clear Bahan-bahan1 tin besar sardine 1/2 btg bunga kantan ( jika guna sardin)2 tangkai daun kesum ( jika guna sardin)2 biji tomato2 labu bawang besar2 ulas bawang putih3 tangkai cili padi 2 cawan air garamDaun Bayam ( direbus dengan sedikit garam, digaul dengan minyak zaitun - untuk hiasan ) Cheese ( jika suka untuk hiasan )Cara Membuatnya1. Tumis bawang besar(didadu)+bawang putih cincang hingga wangi.2. Masukkan ikan sardin dihancurkan. Goreng hingga agak garing sedikit.3. Masuk air.4. Masuk daun kesum + bunga kantan (keduanya diracik halus untuk hilangkan bau hanyir sardin).5. Masak hingga menggelegak.6. Masukkan tomato didadukan.7. Biarkan kuah pekat (api perlahan).8. Rasakan garam.Oh ya...spagetti tu jangan lupa di rebus hingga lembut dan tapis. Nak lagi sedap, gaulkan sedikit dengan minyak zaitun. Untuk menghidang, curahkan kuah ke atas spagetti. Untuk hiasan, letakkan bayam yang telah direbus di atas spagetti dan tabur cheese. Baik untuk seisi keluarga yang gemarkan SARDIN. :O)
Laksa GorengBahan-bahan:Sebungkus laksa yang telah siap kembang, cuci bersih dulu5 tangkai sawi, disiang1/4 kobis, dihiris halus20 biji cili padi, ditumbuk halus (ikut suka korang la nak pedas macam mana)6 biji bawang merah, ditumbuk halus4 ulas bawang putih, ditumbuk halus1 sudu sedang belacan2 sudu besar sos tiram15 kuntum cendawan hitam, direndam hingga lembut dan kemudian dihiris3 sudu kicap pekatgaram dan gula secukup rasaMinyak untuk menumisSedikit airCara membuatnya:Panaskan minyak di kuali dan kemudiannya tumis bahan tumbuk bersama belacan hingga terbit aromanya. Kemudian masukkan sawi, kobis dan cendawan. Kacau rata. Masukkan air, sos tiram, kicap pekat, garam, gula dan serbuk perasa. Apabila melegak... masukkan laksa dan kacau rata hingga agak kering sedikit. Siap laksa goreng. Bolehlah dingap!
If you open it, close it.If you turn it on, turn it off.If you unlock it, lock it up.If you break it, admit it.If you can't fix it, call in someone who can.If you borrow it, return it.If you value it, take care of it.If you make a mess, clean it up.If you move it, put it back.If it belongs to someone else and you want to use it, get permission.If you don't know how to operate it, leave it alone.If it's none of your business, don't ask questions.If it ain't broke, don't fix it.If it will brighten someone's day, say it.If it will tarnish someone's reputation, keep it to yourself.Author unknownFrom A 3rd Serving of Chicken Soup for the Soul
Soalan Contoh1.Apakah bahan yang digunakan untuk membersihkan bahagian yang hendak di pateri dan memudahkan alir timah pateri?A Fluks B MinyakC Pelarut D Plumbum2. Perintang tetap jenis karbon biasanya dibuat daripada campuran serbuk karbon dan .A kertas B plastikC tembaga D tanah liat3. Antara komponen berikut, yang manakah dapat mengeluarkan cahaya ?A LEDB Transistor C Kapasitor D BuzerBoleh juga ke laman web ini : http://kemahiran.wordpress.com/
Masak Lemak Tempoyak Daging Bakar1/2 kilo Daging 10 batang cili padi ( ikut kepedasan yang diingini)1 biji bawang besar3 inci kunyit hidup2 batang serai1/2 kilo santan kelapatempoyakterung pipit / kentang ( jika suka )1. Pupuk daging dengan sedikit garam. Kemudian dibakar di dalam oven. (Daging lebih wangi jika dibakar di atas dapur kayu...mm Lazat)Selepas itu, rebus daging bakar tadi sehingga empuk. Akhir sekali, hiris daging tadi mengikut saiz yang anda boleh kunyah dan telan dengan selesa. :o)2. Bawang besar, kunyit, serai dan cili padi di kisar atau di tumbuk halus.3. Masukkan bahan kisaran tadi di dalam periuk berisi daging yang telah diempukkan tadi bersama-sama dengan santan cair.4. Biar hingga mendidih.Masukkan terung pipit atau kentang jika suka. Biar lagi hingga empuk.Opsss.. jangan lupa ..TEMPOYAK nya sekali ya.5. Akhir sekali, masukkan santan pekat dan garam secukup rasa. Kuahnya biarlah pekat agar rasanya lebih umpphh.Sekali makan , mesti nak lagi. Kalau masakan tak menjadi, usahlah disalahkan resepi, tanyalah empunya diri. heh...heh..heh...Selamat mencuba.
Sempena Bulan Akademik 2008, Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu telah mengatur dan menganjurkan beberapa aktiviti, terbuka kepada semua pelajar Tingkatan 1 - 3. Aktiviti-aktiviti tersebut dijalankan untuk memupuk minat serta mencungkil bakat pelajar di dalam bidang kemahiran agar dapat diamalkan di dalam kehidupan seharian. Berikut adalah antara aktiviti yang telah dijalankan :1 - Kuiz Menguji Minda untuk pelajar Tingkatan 32 - Pertandingan `Iron Chef' untuk pelajar Tingkatan 23 - Pertandingan Merekabentuk Produk untuk pelajar Tingkatan 1Keputusan pertandingan akan diumumkan pada minggu hadapan.Semoga semua pelajar mendapat manfaat dari aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan menjadi harapan Panitia lebih banyak aktiviti dapat dijalankan pada tahun-tahun akan datang untuk memberi peluang juga kepada pelajar Tingkatan 4 dan 5 untuk mengambil bahagian.