Saturday, November 29, 2008

Azam 2009

Selamat Tinggal 2008, Selamat Datang 2009 !!

Semoga dengan kehadiran tahun baru ini menjadikan kita insan yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.

Kepada Pelajar Tingkatan 3/09,

Bersedialah untuk Peperiksaan PMR bermula dari sekarang. Ini adalah tahun terakhir kamu mempelajari subjek KHB, jadi, nikmatilah subjek ini sepenuhnya !!
Pastikan kamu sudah mula mengulangkaji dan membuat nota-nota ringkas topik-topik Ting. 2 supaya kamu punya banyak masa untuk menghadapi topik Ting. 3 dan seterusnya bersedia untuk Program-program Kecemerlangan yang diatur. Pasang tekad, fokus matlamat, usaha dari sekarang, jangan tunggu saat akhir untuk bersedia. Jika tidak sekarang, bila lagi? Jika tidak kamu sendiri yang berusaha untuk kejayaan diri, siapa lagi? Tidak ada jalan pintas untuk berjaya. Don't worry about the results, worry about your effort.


Kepada Pelajar Tingkatan 2/09,

Kini, kamu sudah lebih matang dan berpengalaman menguruskan kehidupan di sekolah dan asrama berbanding di Ting. 1. Walaupun baru di Ting. 2, ia bukan alasan untuk relaks. Lebih-lebih lagi, ada 2 Modul PMR bernilai 20% yang perlu kamu sempurnakan tahun ini. Guru-guru boleh membantu kamu untuk mendapat markah penuh dengan syarat kamu mahu membantu diri kamu sendiri. Patuhi tunjuk ajar dan nasihat guru dan ibu bapa, Insya-Allah kamu akan berjaya. Persiapkan diri, mental, fizikal dan emosi supaya kamu lebih berjaya daripada tahun sebelumnya.


Kepada Pelajar Tingkatan 1/09,

Kemahiran Hidup Bersepadu bukanlah satu subjek baru. Kamu telah mempelajarinya di sekolah rendah dahulu. Bezanya, di sekolah menengah, KHB adalah subjek yang diambilkira di dalam PMR, berbanding di sekolah rendah, ia tidak dimasukkan di dalam UPSR. Guru-guru berharap kamu akan menggunakan ilmu yang telah dipelajari di sekolah rendah untuk membantu memudahkan pembelajaran KHB di sekolah menengah. Bersedia untuk menyempurnakan kerja-kerja kursus, amali dan Modul PMR bagi keperluan subjek ini. Tahniah dan Selamat Menempuhi Alam Persekolahan yang baru !!

1 comment:

Anonymous said...

tk cikgu....ada kemajuan sekarang KH ni ..ada blog sendiri..