Program Gotong-Royong Sayangi Bengkel Kita telah dijayakan bersama oleh pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan guru-guru KHB pada hari Khamis, 28 Mei 2009 yang lalu. Tahniah dan terima kasih di atas segala kerjasama yang amat baik daripada semua pelajar untuk sama-sama menjadikan Bengkel KHB tempat yang lebih selesa dan selamat untuk aktiviti P&P. Guru-guru amat berbesar hati kerana para pelajar bersedia menolong dan bekerjasama dengan ikhlas untuk membersihkan longkang, mengecat palung bunga, membuang rumpai, mengemas di dalam bengkel, merekodkan stok, membasuh lantai dan menabur belerang. Semoga usaha kita dapat mewujudkan suasana yang lebih sesuai dan ceria di bengkel. Inilah sebahagian bakti yang dapat disumbangkan oleh pelajar Mozac untuk sekolahnya. Terima kasih !!!
Saturday, May 30, 2009
Saturday, May 16, 2009
Selamat Hari Guru
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama' yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan sepanjang hayat.
Usman Awang
1979
Friday, May 8, 2009
Selamat Hari Ibu.. in advanced, supaya jangan ada yang terlupa !
Selamat Hari Ibu.. untuk semua ibu-ibu yang hebat kerana mampu menjalankan pelbagai peranan dengan cekap
Ingatan kepada anak-anak, jangan lupa menunjukkan apresiasi anda kepada ibu anda, ibu anda tidak minta hadiah yang mahal-mahal, cukup sekadar ingatan dan jadilah anak kebanggaan ibu bapa anda, sementara anda masih mempunyai peluang itu
Ingatan kepada anak-anak, jangan lupa menunjukkan apresiasi anda kepada ibu anda, ibu anda tidak minta hadiah yang mahal-mahal, cukup sekadar ingatan dan jadilah anak kebanggaan ibu bapa anda, sementara anda masih mempunyai peluang itu
Subscribe to:
Posts (Atom)