Saturday, March 14, 2009

Selamat Belajar di Rumah





Salam ...... kenapa saya tidak ucapkan Selamat Bercuti? Kerana anda hanya bercuti ke sekolah tetapi anda tidak cuti belajar, malah saya yakin, dengan tugasan-tugasan yang dibekalkan oleh guru-guru, ia cukup untuk menjadi Pakej Percutian yang menarik untuk anda semua. Sebagai peringatan ,


Tingkatan 3 -
i) Kemaskini fail, siapkan modul, latihan dan sentiasa update bahan pembelajaran dari sumber-sumber lain seperti surat khabar, majalah dan internet
ii) Cari seberapa banyak gambar-gambar produk sedia ada dari majalah atau internet dengan tema penyimpanan, penyusunan, peragaan dsb seperti gambar-gambar yang dipaparkan. Sangat banyak gambar yang boleh diperolehi dengan mudah dari internet, cuma taipkan key word seperti stationery organizer, desk organizer, cd rack, paper organizer, note rack, atau boleh juga di dalam Bahasa Melayu di ruangan searh image. Sangat mudah. Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih. Kini, tiada lagi alasan untuk mengatakan susah kepada apa jua perkara. Where there is a will, there is a way.




Tingkatan 1 dan 2 - Kemaskini fail, siapkan modul, latihan dan sentiasa update bahan pembelajaran dari sumber-sumber lain seperti surat khabar, majalah dan internet

Monday, March 9, 2009

Salam Maulidur Rasul


Tinggalan Rasulullah , Al Quran & Sunnah jadi panduan. Semoga menambah rasa kecintaan kita kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.