Saturday, February 14, 2009

Program Sehari Bersama Angkasawan Negara















13.2.2009 :

Hari ini dalam sejarah di Bilik Jahitan

1) Terima kasih kepada pelajar perempuan 3 Alpha & 3 Omega kerana telah bersama-sama bertungkus-lumus membantu menukar `skirting' di Bilik Jahitan yang bakal menjadi venue Sidang Media Program Sehari Bersama Angkasawan Negara.

2) Terima kasih kepada kumpulan pengawas iaitu Alyya Shahirah bt Roszelan, Nur Atikah bt Alias, Fairuza Syahira bt Amran dan Adibah Hazwani bt Abd Latif k
erana juga bertungkus lumus menyiapkan `back drop' Sidang Media di Bilik Jahitan.

3) Terima kasih kepada kumpulan pramusaji iaitu Mas Idayu bt Sa'adan, Nabilah bt Abd Razak, Katina bt Khosim, Aini Mastura dan Nur Aiza Ira bt Ibrahim kerana membantu menyiapkan peralatan peranggu meja untuk Jamuan dan juga turut sama menyiapkan `back drop'.

Sumbangan anda semua amat bermakna kepada sekolah. (Ehm.. ehm... bukan selalu perlu buat persiapan majlis untuk Angkasawan Negara .. atau memang ini kali pertama dan terakhir ;)

14.2.2009 :
Sejarah tercipta ...........

1) Bilik Jahitan menjadi tumpuan !!! Angkasawan Negara Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie telah menjejakkan kaki ke Bilik Jahitan, 2 kali !!! Kali pertama semasa beliau menunggu ketibaan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara dan kali kedua semasa sesi sidang media bersama wartawan-wartawan daripada media terkenal tanahair. How unbelievable !!! Kalau sudi, datanglah lagi, kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan ...